Hukum puasa Puasa_(Islam)

Puasa Wajib

  1. Puasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardukan kepada umat Muhammad SAW pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
  2. Puasa Kifarah.
  3. Puasa qadak
  4. Puasa nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
  3. Puasa pada hari tasu'a 9 Muharam dan Hari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  5. Puasa pada 13, 14, 15 hari bulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut, bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.

Puasa Haram

Rencana utama: Tempoh haram puasa
  1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  2. Puasa pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
  3. Puasa pada Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah
  4. Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijah
  5. Puasa perempuan haid dan Nifas
  6. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
  7. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah
  8. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya kerana berpuasa

Rujukan

WikiPedia: Puasa_(Islam) http://www.al-azim.com/masjid/seminar/kertaskerja2... http://berkah-puasa.blogspot.com/ http://www.daawah.com/links/islam/puasa/ http://www.e-bacaan.com/artikel_puasa.htm http://www.syariahonline.com/puasa/index.htm http://www.epondok.com.my/index.php?p=arkibkupasan... http://www.ikim.gov.my/bm/artikel/2002/a02-26.htm http://www.islamituindah.my/hukum-gabung-puasa-qad... http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadi... http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/19...